Dato' Sir Onn Jaafar (12 Februari 1895 -
19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun
1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18
Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor
Darul Takzim serta merupakan anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad,
Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau
dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat
pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Beliau pernah menjadi ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, beliau menjadi Ketua
Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
Pengasas UMNO
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan
Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri
Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang
diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan
sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili
orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru
pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme
Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi
Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk
menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa
kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja
Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa
Melayu.
Beliau kemudian
berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO
serta mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah
Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu
ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan
Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak
mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan
parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan
raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti
Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk
memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya
masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan
raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam
politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen
Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.
PERANAN
Sumbangan
Dato’ Onn dalam
perjuangan politik tempatan
bermula dengan menjadi seorang
penulis akhbar. Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar
belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis dan masyarakat pembaca Melayu
menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato’ Onn. Dato’ Onn kerap menulis
mengenai persoalan layanan,
perbezaan gaji dan
elaun hingga menular
kepada perbicaraan dan
perbincangan mengenai
keadaaan kesihatan, pelajaran,
ekonomi, adat-resam dan
kebudayaan. Kesedaran kepada
pelajaran dan minat pembacaan mula berkembang subur di awal tahun 1930-an.
Fahaman Angkatan Muda telah
memperjuangkan kebebasan mentadbir
dan memerintah sendiri.
Inidilakukan terhasil daripada kesedaran dari keadaan negara Turki yang
telah dikongkong oleh kuasa barat apabila Empayar Othmaniah ditamatkan di awal
1920-an.